a) Ramadhan adalah penghapus dosa
Sabda Rasulullah s.a.w. melalui hadis yang disampaikan oleh
Abu Hurairah r.a.;
الصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ، وَالْجُمُعَةُ
إِلَى الْجُمُعَةِ، وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ، مُكَفِّرَاتٌ مَا بَيْنَهُنَّ، إِذَا
اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ
“Solat lima waktu, jumaat ke jumaat dan ramadhan ke ramadhan
merupakan penghapus dosa di antaranya selama mana dijauhi dosa besar”. (Riwayat
Imam Muslim)
b) Pada bulan Ramadhan dibuka pintu syurga, ditutup pintu
neraka dan dirantai syaitan-syaitan
Sabda Rasulullah s.a.w;
إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيلَةٍ من شَهرِ رَمضَانَ
صُفَّدتِ الشَّياطينِ ومَردَةُ الجنِّ وغُلِّقتْ أَبوابُ النِيرانِ فلَمْ يُفتَحْ منها
بابٌ وفُتِّحتْ أَبوابُ الجنَّةِ فلَمْ يُغلَقْ منها بابٌ ويُنَادِي مُنَادٍ يا بَاغِيَ
الخيرِ أَقبِلْ ويا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقصِرْ. ولله عُتَقَاءٌ من النَّارِ وذَلكَ كُلَّ
لَيلَةِ
“Apabila tiba malam pertama Ramadhan akan diikat/dirantai
segala syaitan dan jin-jin yang sesat, ditutup segala pintu neraka hingga tidak
ada satu pintu pun yang dibuka, dibuka segala pintu syurga hingga tidak ada
satu pintupun yang ditutup. Seorang penyeru (yakni Malaikat) akan berseru;
“Wahai orang yang mengejar kebaikan! Tampillah kamu. Wahai orang yang ingin
melakukan kejahatan! Undurlah kamu (yakni berhentilah dari melakukan
kejahatan)”. Akan terdapat orang-orang yang bakal dibebaskan Allah dari api
neraka. Hal demikian itu berlaku pada setiap malam (di sepanjang Ramadhan)”.
(Riwayat Imam at-Tirmizi, Baihaqi dan Ibnu Hibban dari Abu Hurairah r.a.)
c) Lima anugerah khusus Allah untuk umat Muhammad di bulan
Ramadhan
Sabda Rasulullah s.a.w.;
أُعْطِيَتْ أُمَّتِيْ فِي شَهْرِ رَمَضَاْنَ
خَمْسًا لَمْ يُعْطَهُنَّ نَبِيٌّ قَبْلِيْ: أَمَّا الوَاْحِدَةُ فَإِنَّهُ إِذَا كَاْنَ
أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَاْنَ نَظَرَ اللهُ إِلَيْهِمْ وَمَنْ نَظَرَ اللهُ
إِلَيْهِ لَمْ يُعَذِّبْهُ أَبَدًا، وَأَمَّا الثَّانِيَةُ: فَإِنَّ خُلُوْفُ أَفْوَاْهُهُمْ
حِيْنَ يُمْسُوْنَ أَطْيَبُ عِنْدَ اللهِ مِنْ رِيْحِ الْمِسْكِ، وَأَمَّا الثَّاْلِثَةُ:
فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ تَسْتَغْفِرُ لَهُمْ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ، وَأَمَّا
الرَّاْبِعَةُ: فَإِنَّ اللهَ تعالى يَأْمُرُ جَنَّتَهُ فَيَقُوْلُ لَهَا: اِسْتَعِدِّيْ
وَتَزَيَّنِيْ لِعِبَاْدِيْ أَوْشَكَ أَنْ يَسْتَرِيْحُوْا مِنْ تَعَبِ الدُّنْيَا
إِلَى دَاْرِي وَكَرَامَتِيْ، وَأَمَّا الْخَاْمِسَةُ: فَإِنَّهُ إِذَا كَاْنَ آخِرُ
لَيْلَةٍ غَفَرَ اللهُ لَهُمْ جَمِيْعًا، فَقَاْلَ رَجُلٌ مِنَ الْقَوْمِ: أَهِيَ لَيْلَةُ
الْقَدْرِ؟ قَالَ: لاَ أَلَمْ تَرَ إِلَى الْعُمَّالِ يَعْمَلُوْنَ فَإِذَا فَرِغُوْا
مِنْ أَعْمَالِهِمْ وُفُّوْا أُجُوْرَهُمْ.
“Telah diberikan kepada umatku di bulan Ramadhan lima
perkara yang belum pernah diberikan kepada seorang nabi pun sebelumku, yaitu;
Di permulaan Ramadhan Allah akan melihat kepada umatku.
Sesiapa Allah melihat kepadanya nescaya ia tidak akan diazab selama-lamanya.
Bau mulut mereka (yang berpuasa) ketika petang hari lebih
wangi di sisi Allah dari bau kasturi.
Malaikat akan memohon ampun untuk mereka di sepanjang hari
dan malam.
Allah menyuruh syurga supaya bersiap-sedia dengan berkata
kepadanya; “Bersiaplah kamu dan berhiaslah untuk hamba-hambaKu. Mereka hampir
datang (memasukimu) untuk beristirehat dari kepayahan dunia menuju ke rumahKu
dan kemuliaanKu”.
Pada akhir malam bulan Ramadhan, Allah mengampuni dosa semua
mereka. Seorang lelaki dari sahabat bertanya; ‘Adakah malam itu lailatul
Qadar?’. Jawab Rasulullah; ‘Tidak. Apakah engkau tidak melihat kepada
pekerja-pekerja yang bekerja. Apabila mereka telah selesai dari pekerjaan
mereka, akan disempurnakanlah upah-upah bagi mereka”.
(Riwayat Imam Ahmad, al-Bazzar dan al-Baihaqi dari Jabir
r.a.)
d) Malam al-Qadar
Antara kelebihan besar bulan Ramadhan ialah di dalamnya
terdapat lalilatul-Qadar atau malam al-Qadar (kemuliaan) yang dinyatakan
keistimewaannya secara khusus oleh Allah dalam surah al-Qadr;
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ،
وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ، لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ،
تَنَزَّلُ الْمَلاَئِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ،
سَلاَمٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ
“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada
malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah malam al-Qadar itu? Malam
al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun
malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur
segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar”. (al-Qadr:
1-5)
Walaupun surah di atas tidak menjelaskan bilakah akan
munculnya malam al-Qadar?, namun jawapan bagi persoalan ini dijelaskan oleh
Nabi s.a.w. dalam sabdanya;
تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ
الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ
“Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari
bulan Ramadhan”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.)
Begitulah antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan.
Orang yang tahu menilainya sudah pasti tidak akan mensia-siakan peluang untuk
merebut kelebihan-kelebihan tersebut. Bahkan Rasulullah sendiri pernah
menegaskan;
لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي هَذَا الشَّهْرِ
مِنَ الْخَيْرَاْتِ لَتَمَنَّوْا أَنْ يَكُوْنَ رَمَضَاْنُ اَلسَّنَةَ كُلَّهَا
“Sekiranya manusia benar-benar menyedari kebaikan-kebaikan
yang ada di bulan Ramadhan ini, pastinya mereka akan mengharapkan supaya
sepanjang tahun adalah Ramadhan”. (Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Mohegan Sun Arena to host the Connecticut Sun
BalasPadamUNCASVILLE, Conn. — Mohegan Sun Arena 군포 출장안마 will host 밀양 출장샵 the 세종특별자치 출장마사지 Connecticut Sun Arena 원주 출장마사지 on Sunday. The two 수원 출장샵 venues will be Connecticut's Mohegan Sun