Selasa, 1 Disember 2015

HIJRAH RASULULLAH KE MADINAH

HIJRAH RASULULLAH KE MADINAH



HIJRAH RASULULLAH KE MADINAH




PENGERTIAN HIJRAH

Dari segi bahasa : berpindah dari suatu tempat ke suatu tempat.

Dari segi istilah : perpindahan Rasulullah saw dan orang-orang islam dari mekah ke madinah.

Peristiwa hijrah berlaku pada 12 rabi'ul awal selepas 13 tahun nabi Muhammad menjadi rasul.




SEBAB BERLAKU HIJRAH


1 - Ancaman terhadap umat islam semakin meningkat




2 - Perintah Allah swt untuk mempertahankan islam
3 - Dakwah rasulullah ditentang hebat oleh musyrikin mekah
4 - Penduduk madinah memberi jaminan keselamatan
5 - Strategi dakwah rasulullah saw




Jom Tengok Video.:)


KRONOLOGI HIJRAH ( SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS )







SEBELUM HIJRAH

1. Kaum Musyrikin Mekah berbincang cara untuk menghalang Rasulullah saw berpindah ke Madinah.

2. Pemuda Musyrikin mengepung rumah Rasulullah saw dan bersiap sedia untuk menyerbu serta membunuh Baginda saw.





SEMASA HIJRAH

1. Atas bantuan Allah swt, maka Nabi saw pun dapat melepaskan diri daripada kaumnya yang ingin membunuh Baginda saw.

2.  Saidina Abu Bakar ra menemani Nabi saw berhijrah lalu singgah di Gua Thur. Mereka berada di sana selama 3 hari 2 malam.

3. Dalam perjalanan ke Madinah, Baginda saw singgah di Quba' , berhenti rehat di sana selama 4 hari. Baginda saw sempat mendirikan masjid yang pertama dalam Islam iaitu Masjid Quba'.





SELEPAS HIJRAH

1. Mempersaudarakan golongan Muhajirin & Ansar.

2. Membina Masjid Nabawi sebagai tempat beribadah serta perjumpaan umat Islam.

3. Membuat perjanjian dengan penduduk Madinah ( termasuk golongan Yahudi ) untuk mengiktiraf Baginda saw sebagai pemimpin di Madinah.


Ibrah Hijrah

(a)    setiap umat Islam hendaklah berkorban untuk memartabatkan Islam;
(b)   dakwah memerlukan strategi yang baik dan berkesan;
(c)    perpaduan yang kukuh dan mantap hanya dapat dicapai melalui kesatuan akidah.




Penilaian

Room : 97FF6079